Skip to content

Seksyen 47

Tanggungan pengarah dan pegawai lain pertubuhan perbadanan

of Akta Racun Makhluk Perosak 1974

ActIn forceProvision 52 of 66
Seksyen 47
(1)

Jika sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan dibuktikan telah dilakukan dengan dipersetujui atau dibiarkan, atau telah disebabkan oleh apa-apa keabaian pada pihak seorang pengarah, pengurus, setiausaha, atau pegawai seumpama lain pertubuhan perbadanan itu, atau seorang yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat pengarah, pengurus, setiausaha, atau pegawai itu, maka pengarah, pengurus, setiausaha, pegawai, atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan telah juga melakukan kesalahan itu, dan dia dan pertubuhan perbadanan itu boleh diambil prosiding terhadapnya dan boleh dihukum baginya.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), pengarah sesuatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang dan hal ehwalnya diuruskan oleh ahlinya, termasuklah seorang ahli pertubuhan perbadanan itu.

Kesalahan mengenai contoh disifatkan kesalahan mengenai keseluruhan umpukan