Akta Polis 1967 · Updated to 10 May 2024 · Bahagian VIII · Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia
41. Peletakan jawatan
Feedback & supportSeseorang pegawai polis sukarelawan simpanan boleh meletakkan jawatan dari Sukarelawan Simpanan dengan memberi satu bulan notis secara bertulis kepada seorang Pegawai Memerintah:
Dengan syarat bahawa jika Sukarelawan Simpanan atau mana-mana bahagiannya sedang dikerah, seorang pegawai polis sukarelawan simpanan tidak boleh meletakkan jawatan melainkan dibenarkan dengan nyata secara bertulis untuk berbuat demikian oleh seorang Pegawai Memerintah.