Akta Polis 1967 · Updated to 10 May 2024 · Bahagian VIII · Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia
46. Menempatkan semula dalam pekerjaan sivilian
Feedback & supportAdalah menjadi kewajipan majikan yang telah mengambil kerja mana-mana pegawai polis sukarelawan simpanan selama tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum sahaja tarikh pegawai itu dikerah di bawah Bahagian ini untuk mengambil kerja semula pegawai itu apabila dia selesai menjalankan perkhidmatan aktif menurut pengerahan itu termasuk apa-apa cuti yang terhak baginya bagi perkhidmatan itu dalam pekerjaan dan di bawah syarat yang tidak kurang baiknya daripada yang tetap dipakai baginya sekiranya dia tidak dikerah.
Mana-mana majikan yang tidak mengambil kerja semula mana-mana pegawai polis sukarelawan simpanan di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan tertakluk sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya:
Dengan syarat bahawa dalam mana-mana prosiding di bawah subseksyen ini adalah menjadi suatu pembelaan bagi majikan untuk menunjukkan bahawa pegawai polis sukarelawan simpanan yang telah diambil kerja olehnya dahulu telah tidak, sebelum tamat tempoh satu bulan selepas selesai perkhidmatan aktif, memohon kepada majikan untuk bekerja semula atau bahawa, setelah ditawarkan pekerjaan semula olehnya, pegawai itu telah tidak, tanpa sebab yang munasabah menghadirkan diri untuk bekerja pada masa dan di tempat yang telah diberitahu kepadanya oleh majikan itu, atau bahawa oleh sebab perubahan hal keadaan (lain daripada mengguna khidmat seseorang lain bertugas menggantikannya)―
adalah tidak praktik untuk mengambil kerja semula pegawai itu; atau
Polis 39
pengambilan kerja semula pegawai itu dalam suatu pekerjaan dan di bawah syarat yang tidak kurang baiknya daripada yang akan dipakai baginya sekiranya dia tidak dikerah adalah tidak praktik, dan bahawa majikan itu telah menawarkan untuk mengambil kerja semula pegawai itu dalam suatu pekerjaan yang paling baik yang semunasabahnya praktik di bawah hal keadaan itu.