Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2020Read it in English

Bahagian X · Pelindungan Pengguna

51. Tatacara pengendalian aduan

Feedback & support
(1)

Tatacara pengendalian aduan hendaklah dalam bentuk dokumen yang disiarkan dan menjadi sebahagian daripada terma dan syarat am pemegang lesen.

(2)

Dokumen yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah menggariskan tatacara yang hendaklah dipatuhi oleh pengguna yang membuat aduan terhadap pemegang lesen.

(3)

Tatacara pengendalian aduan hendaklah berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

(a)

menyediakan sumber yang sewajarnya dengan perwakilan kuasa yang mencukupi untuk memastikan aduan yang diterima, diambil tindakan dan diselesaikan tepat pada waktunya;

(b)

memastikan proses aduan tersedia dan boleh diakses oleh semua;

(c)

melayan pengadu dengan kesopanan dan sedapat mungkin menyelesaikan aduan pada titik pertama hubungan;

(d)

menyediakan bantuan kepada pengadu dalam perumusan dan pengemukaan aduan;

(e)

menyediakan proses pengendalian aduan tanpa sebarang caj;

Perkhidmatan Pos 45

(f)

membangunkan remedi yang adil dan munasabah;

(g)

mengumpul dan merekodkan data mengenai aduan yang dikemukakan dan hasil untuk membantu dalam mengenal pasti masalah yang berulang dan penambahbaikan yang berpotensi kepada perkhidmatan penghantaran dan perhubungan pelanggan; dan

(h)

semakan tetap proses pengendalian aduan untuk memastikan ia dengan secekapnya memberikan hasil yang berkesan.

Report

Bahagian XI

Sistem Poskod dan Pengalamatan Serta Pengenal Pasti Pos

Bahagian XII

Kuasa dan Tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bahagian XIII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XIV

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XV

Bahagian XVI

Perkara Kepentingan Negara

Bahagian XVII

Kecualian dan Peralihan

Schedules