Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian X · Pelindungan Pengguna
52. Aduan pengguna
Feedback & support(1)
Jika Suruhanjaya menerima suatu aduan daripada seorang pengguna dan pengguna itu tidak mengemukakan aduannya melalui tatacara pengendalian aduan pemegang lesen, Suruhanjaya hendaklah merujuk pengguna itu kepada pemegang lesen berkenaan.
(2)
Suruhanjaya boleh juga menjalankan siasatan terhadap pemegang lesen dengan syarat bahawa pengguna telah mengikut tatacara pengendalian aduan pemegang lesen itu.
(3)
Suruhanjaya boleh menentukan kaedah-kaedah mengenai tatacara bagi pembuatan, penerimaan, pengendalian dan penyelesaian pertikaian aduan pengguna berkenaan dengan perlakuan atau penjalanan operasi pemegang lesen.