Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian X · Pelindungan Pengguna
54. Notis yang hendaklah dipakai dan laporan yang hendaklah diserahkan
Feedback & supportJika suatu barang pos telah dibuka di bawah seksyen 53, pemegang lesen hendaklah membungkus semula barang pos itu dan mengecapkan notis yang menyatakan—
bahawa ia telah dibuka untuk pemeriksaan; dan
sebab-sebab ia dibuka.
Perkhidmatan Pos 47
Pemegang lesen hendaklah menyimpan suatu rekod mengenai semua barang pos yang telah dibuka yang menyatakan semua butir-butir berkaitan termasuklah—
tarikh dan masa barang pos itu dibuka;
isi kandungan barang pos itu;
sebab ia dibuka; dan
nama-nama orang yang membuka dan menjadi saksi pembukaan itu yang kedua-duanya hendaklah menandatangani rekod itu.
Pemegang lesen hendaklah menyerahkan, jika diminta oleh
Suruhanjaya, suatu laporan kepada Suruhanjaya dengan menyatakan perincian hal keadaan dan sebab barang pos itu dibuka.
Pemegang lesen tidak boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pembukaan barang pos itu kecuali setakat yang dikehendaki bagi mematuhi suatu perintah mahkamah atau sebagaimana yang dibenarkan di bawah Akta ini.