Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian X · Pelindungan Pengguna
50. Fungsi Forum Pos
Feedback & supportForum Pos hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk memberi maklum balas dan membuat syor kepada
Suruhanjaya mengenai apa-apa perkara yang berkenaan dengan kepentingan pengguna perkhidmatan industri pos;
untuk mewakili kepentingan pengguna perkhidmatan industri pos termasuklah pengendalian aduan;
untuk menggalakkan kepentingan pengguna yang berhubungan dengan tarif dan standard perkhidmatan industri pos;
untuk mengenal pasti dan sentiasa mengkaji semula perkara-perkara yang menyentuh kepentingan pengguna dan memastikan bahawa pemegang lesen menyedari akan, dan responsif terhadap, urusan mengenai perkhidmatan mereka;
untuk membuat publisiti tentang kewujudan, fungsi dan kerja Forum Pos dalam melindungi kepentingan pengguna;
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 741
untuk membangun tataamalan bagi perkhidmatan pos; dan
untuk menjalankan apa-apa fungsi yang ditentukan oleh
Suruhanjaya.
Suruhanjaya hendaklah mengambil kira dengan sewajarnya syor
Forum Pos dalam menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.