Skip to content
In forceUpdated to 29 Mar 2017Read it in English

Bahagian V · Kewajipan Pemegang Lesen dan Orang yang Bertanggungjawab

23. Orang yang bertanggungjawab

Feedback & support
(1)

Orang yang bertanggungjawab bagi suatu kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen hendaklah seorang yang mempunyai kelayakan, telah menjalani latihan dan mempunyai pengalaman, yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah.

(2)

Orang yang bertanggungjawab hendaklah bertanggungjawab—

(a)

bagi pengurusan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen;

(b)

bagi penyeliaan orang yang diambil kerja atau diguna khidmat di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen itu;

Undang-Undang Malaysia 20

(c)

bagi memastikan bahawa perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan kepada orang yang menerima jagaan dijalankan oleh profesional jagaan kesihatan; dan

(d)

bagi melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Report

Bahagian VI

Pembatalan

Bahagian VII

Penutupan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bahagian IX

Schedules