Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 · Updated to 29 Mar 2017 · Bahagian V · Kewajipan Pemegang Lesen dan Orang yang Bertanggungjawab
21. Pernyataan dasar
Feedback & supportPemegang lesen hendaklah menjadikan tersedia kepada orang yang menerima jagaan suatu pernyataan dasar bagi kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu apabila orang yang menerima jagaan diterima masuk.
Pernyataan dasar bagi kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen hendaklah termasuk perkara yang berikut:
hak orang yang menerima jagaan;
kewajipan pemegang lesen; dan
suatu pelan dan tatacara mekanisme ketidakpuasan hati.
Pemegang lesen hendaklah mempamerkan pernyataan dasar di bahagian yang mudah dilihat di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Warga Emas Swasta 19