Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 · Updated to 29 Mar 2017 · Bahagian V · Kewajipan Pemegang Lesen dan Orang yang Bertanggungjawab
29. Larangan terhadap pembesaran atau pengubahan
Feedback & supportMelainkan jika mendapat kelulusan Ketua Pengarah terlebih dahulu, pemegang lesen tidak boleh membuat apa-apa pembesaran atau pengubahan struktur atau fungsian kepada premis kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen yang menjejaskan—
maksud yang baginya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen itu disediakan atau dikendalikan;
mana-mana syarat kelulusan atau lesen; atau
mana-mana standard atau kehendak.
Permohonan bagi apa-apa pembesaran atau pengubahan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.