Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 · Updated to 29 Mar 2017 · Bahagian V · Kewajipan Pemegang Lesen dan Orang yang Bertanggungjawab
28. Sekatan penggunaan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen
Feedback & supportPemegang lesen tidak boleh menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan untuk digunakan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta bagi apa-apa maksud selain maksud yang berkenaan dengannya lesen itu diberikan dan maksud yang semunasabahnya bersampingan dengannya.
Pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
dalam hal pemegang lesen merupakan seorang individu—
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit; dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan
Undang-Undang Malaysia 22
dalam hal pemegang lesen merupakan suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit; dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.