Akta Pengangkutan Jalan 1987 · Updated to 15 Oct 2023 · Bahagian V · Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan
119B. Section 119B
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan perenggan 17(1)(d) dan subseksyen 29(1A), Pengarah boleh menolak atau menggantung apa-apa urusan atau transaksi atau sebahagiannya di bawah Akta ini jika terdapat perkara atau kes yang belum selesai berhubung dengan apa-apa pelanggaran Akta ini atau apa-apa pelanggaran undang-undang bertulis yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga:
Dengan syarat bahawa—
dalam hal lesen kenderaan motor, apa-apa perkara atau kes yang belum selesai yang berhubungan dengan kenderaan motor tertentu bagi seseorang itu tidak akan menjejaskan mana-mana kenderaan motor yang lain yang didaftarkan atas namanya; dan
dalam hal lesen memandu, apa-apa perkara atau kes yang belum selesai yang berhubungan dengan kelas lesen memandu tertentu bagi seseorang tidak akan menjejaskan kelas lesen memandunya yang lain.
204 Undang-Undang Malaysia AKTA 333