Skip to content

Seksyen 123

Pegawai tidak berpakaian seragam hendaklah mengemukakan kad pengenalan

of Akta Pengangkutan Jalan 1987

ActIn forceProvision 167 of 176
Seksyen 123
(1)

Tiap-tiap pegawai polis atau warden lalu lintas apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini hendaklah, jika tidak berpakaian seragam, dan tiap-tiap pegawai pengangkutan jalan apabila bertindak sedemikian hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang dia mengambil tindakan suatu dokumen yang menunjukkan identitinya itu sebagaimana yang masing-masingnya diarahkan oleh Pesuruhjaya Polis dalam hal seorang pegawai polis, dan apa-apa dokumen pengenalan sebagaimana yang diarahkan oleh Dato Bandar, Perbadanan Putrajaya,

Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya, Yang Dipertua Majlis

Perbandaran atau Pengerusi Majlis Perbandaran dalam hal warden lalu lintas, dan apa-apa dokumen pengenalan sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dalam hal pegawai pengangkutan jalan, untuk

Pengangkutan Jalan 207

dibawa oleh seseorang pegawai polis, warden lalu lintas dan pegawai pengangkutan jalan.

(2)

Adalah tidak menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan, kehendak atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai polis yang tidak berpakaian seragam, mana-mana warden lalu lintas yang tidak berpakaian seragam atau mana-mana pegawai pengangkutan jalan jika pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan itu enggan mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan dokumen pengenalannya apabila dikehendaki oleh orang itu.