Skip to content

Seksyen 128

Pemansuhan, peralihan dan kecualian

of Akta Pengangkutan Jalan 1987

ActIn forceProvision 175 of 176
Seksyen 128
(1)

Ordinan Lalu lintas Jalan 1958 [Ord. No. 49 tahun 1958] dan

Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Ordinan Lalu lintas Jalan)

(Perluasan dan Pengubahsuaian) 1984 [P.U.

(A)

136/1984] setakat yang ia tidak berhubungan dengan pelesenan kenderaan perdagangan adalah dengan ini dimansuhkan:

Dengan syarat bahawa segala perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Ordinan yang dimansuhkan setakat yang ia tidak berhubungan dengan pelesenan kenderaan perdagangan hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dipinda atau dibatalkan di bawahnya:

Dengan syarat selanjutnya bahawa apa-apa perakuan, lesen, permit plat, tanda, perakuan pendaftaran atau apa-apa dokumen lain yang berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor, atau apa-apa kekurangan

214 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

fi atau apa-apa pengecualian, yang dikeluarkan atau diberikan di bawah Ordinan yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa, hendaklah, setakat yang pengeluaran atau pemberian itu tidak berlawanan dengan Akta ini, disifatkan telah dikeluarkan atau diberikan di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga ia habis tempoh, atau diubahkan, dipinda atau dibatalkan di bawahnya.

(2)

Jika apa-apa rayuan berkenaan dengan sesuatu keputusan yang dibuat di bawah Ordinan yang dimansuhkan masih belum selesai sebelum apa-apa pihak berkuasa atau mahkamah atau apabila apa-apa hak untuk merayu berkenaan dengan keputusan itu telah terakru, prosiding berkenaan dengan rayuan itu atau berkenaan dengan apa-apa rayuan di bawah hak merayu yang terakru hendaklah diteruskan atau diadakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini seolah-olah berkenaan dengan keputusan di bawah Akta ini, tertakluk pada segala arahan yang pihak berkuasa atau mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan, menyifatkannya layak atau suai manfaat untuk memberi dalam perkara itu.

Kuasa

Menteri untuk membuat peruntukan peralihan tambahan, dsb.