Seksyen 115A
Kewajipan untuk memberikan maklumat dan kuasa memerintahkan kehadiran di mahkamah
of Akta Pengangkutan Jalan 1987
Walau apa pun seksyen 115, jika pemunya sesuatu kenderaan motor dikatakan telah melakukan atau disyaki melakukan suatu kesalahan yang berhubungan dengan pemanduan sesuatu kenderaan motor, seorang pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan boleh, sebagai ganti membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan seberapa segera yang semunasabahnya praktik menyampaikan kepada pemunya itu suatu notis dalam borang yang ditetapkan ke alamatnya yang terakhir diketahui bagi pemunya kenderaan motor itu memerintahkannya untuk memberikan maklumat tentang identiti dan alamat orang yang telah memandu kenderaan motor tersebut pada masa atau lebih kurang pada masa kesalahan yang dikatakan itu, dan tentang lesen yang dipegang oleh orang itu.
(2)
Jika pemunya sesuatu kenderaan motor yang kepadanya disampaikan notis yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tidak mematuhi notis itu dalam tempoh empat belas hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya, dia hendaklah disifatkan sebagai pemandu kenderaan motor itu pada masa atau lebih kurang pada masa kesalahan itu dilakukan dan hendaklah hadir di hadapan mahkamah Majistret yang paling hampir yang mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.
(3)
Walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa maklumat yang diberikan di bawah seksyen ini oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh dengan apa-apa kesalahan berkaitan dengan pemanduan sesuatu
Pengangkutan Jalan 195
kenderaan motor boleh digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan bagi pertuduhan itu.