Seksyen 118
Penyampaian notis
of Akta Pengangkutan Jalan 1987
Apa-apa notis yang dikehendaki supaya diberikan atau disampaikan di bawah Akta ini, boleh, melainkan jika apa-apa cara penyampaian yang lain ditetapkan, disampaikan kepada orang yang tersentuh olehnya seperti yang berikut:
(a)
dengan menyerahkan salinan notis asal secara kendiri kepada orang itu;
(b)
dengan menampalkan salinan notis itu di mana-mana bahagian rumah itu yang mudah dilihat atau di mana-mana tempat lain di mana orang itu biasanya tinggal;
(c)
dengan menampalkan salinan notis itu di mana-mana bahagian kenderaan motor orang itu yang mudah dilihat;
atau
(d)
dengan menghantar notis itu melalui pos berdaftar.
(2)
Jika sesuatu notis disampaikan melalui pos berdaftar, ia hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan pada hari yang
Pengangkutan Jalan 201
berikutan hari notis itu sepatutnya diterima, dalam perjalanan biasa pos, jika notis itu di alamatkan—
(a)
dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia, kepada pejabat berdaftar syarikat itu;
(b)
dalam hal suatu syarikat yang perbadankan di luar
Malaysia, sama ada kepada individu yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian proses di bawah *Akta
Syarikat 1965, di alamat yang difailkan dengan Pendaftar
Syarikat atau kepada pejabat berdaftar syarikat itu, di mana jua letaknya;
(c)
dalam hal seorang individu atau kumpulan orang, kepada alamat persendirian yang disimpan dalam daftar
Pengarah di bawah seksyen 8 dan 27A.
(3)
Jika seseorang yang padanya dialamatkan surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah Akta ini diberitahu tentang hakikat bahawa adanya surat berdaftar yang menantinya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau mengabaikan untuk mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan kepadanya pada tarikh yang ia dimaklumkan demikian.
(4)
(Dipotong oleh Akta A1391).