Seksyen 122
Ketua Pengarah hendaklah diberitahu mengenai sabitan dan kompaun
of Akta Pengangkutan Jalan 1987
Apabila, ketika mana-mana prosiding, yang membawa kepada sabitan, atau atas sabitan, mana-mana orang bagi apa jua kesalahan jenayah, sampai kepada pengetahuan mahkamah yang merekodkan sabitan itu bahawa orang itu (sama ada atau tidak orang itu memiliki suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini) adalah, atau telah menjadi, atau telah bertindak sebagai, pemandu atau konduktor atau pemunya suatu kenderaan perkhidmatan awam,
206 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
kenderaan pelancongan, kenderaan barangan atau kenderaan pekerja mahkamah hendaklah dengan serta-merta menghantarkan butir-butir mengenai sabitan itu, dan mengenai apa-apa hukuman yang dijatuhkan baginya, kepada Ketua Pengarah.
(2)
Jika mana-mana mahkamah mensabitkan seseorang dengan suatu kesalahan terhadap seksyen 41 hingga 49, dan orang yang disabitkan itu adalah pemegang suatu lesen untuk memandu suatu kenderaan motor, atau lesen untuk bertindak sebagai pemandu atau konduktor kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan, kenderaan barangan atau kenderaan pekerja, mahkamah hendaklah dengan serta-merta menghantarkan butir-butir mengenai sabitan itu, dan apa-apa lesen sedemikian (sekiranya butir-butir itu dapat dipastikan), kepada Pengarah yang memberikan lesen itu atau kepada
Pengarah bagi kawasan pendaftaran dalam mana orang yang disabitkan itu bermastautin.
(3)
Jika mana-mana pegawai telah mengkompaunkan suatu kesalahan menurut subseksyen 120(1), kesalahan itu yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang butir-butirnya hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah, pegawai itu hendaklah dengan serta-merta menghantarkan butir-butir mengenai kesalahan itu kepada Ketua Pengarah.