Skip to content

Seksyen 124

Pembayaran fi lesen

of Akta Pengangkutan Jalan 1987

ActIn forceProvision 168 of 176
Seksyen 124
(1)

Ketua Pengarah atau Pengarah boleh, jika difikirkannya patut dan tertakluk kepada Akta ini, memberi apa-apa lesen apabila menerima suatu cek sebanyak amaun fi yang kena dibayar baginya atau atas apa-apa cara bayaran sebagaimana ditetapkan oleh Menteri.

(2)

Jika sesuatu cek yang dikeluarkan atau cara bayaran yang lain yang dibuat berkenaan dengan suatu fi lesen kemudiannya tidak dilayani, lesen itu adalah tidak sah dari tarikh ia diberikan, dan Ketua Pengarah atau

Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menghantarkan kepada orang yang dikeluarkan lesen itu, melalui surat berdaftar yang dialamatkan kepadanya di alamat yang diberinya, suatu notis menghendakinya menghantarkan lesen itu kepada Ketua Pengarah atau

Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh notis itu diposkan dan jika orang itu gagal mematuhi notis itu dalam tempoh tersebut, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.