Akta Pengangkutan Jalan 1987 · Updated to 15 Oct 2023 · Bahagian V · Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan
121. Akuan bersalah melalui surat dan kompaun tidak menjejaskan peruntukan polisi insurans
Feedback & supportJika mana-mana orang telah mengkompaunkan suatu kesalahan atau mengaku salah melalui surat terhadap suatu kesalahan di bawah
Akta ini, tiada apa-apa keterangan mengenai apa-apa tindakan sedemikian boleh diterima dalam mana-mana prosiding sivil yang timbul daripada transaksi yang sama dengan kesalahan itu dan dia hendaklah dengan yang demikian disifatkan telah tidak melakukan, dengan semata-mata atas alasan berbuat demikian, perlanggaran apa-apa syarat mana-mana polisi insurans berhubungan dengan pengakuan liabiliti tanpa izin penanggung insurans.