Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

117A. Keterangan dan rekod sabitan dahulu

Feedback & support
(1)

Bagi maksud penghukuman di bawah Akta ini, apabila perlu untuk membuktikan dalam mana-mana mahkamah bahawa

200 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

kesalahan yang baginya seseorang itu disabitkan adalah kesalahan kali kedua atau kali kemudian, suatu perakuan yang berupa sebagai rekod sabitannya yang terdahulu, yang ditandatangani oleh—

(a)

mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua

Pengarah; atau

(b)

mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis atau

Pesuruhjaya Polis, yang menjaga rekod yang dalamnya sabitan itu disimpan, rekod itu boleh diterima sebagai keterangan dan hendaklah menjadi bukti prima facie mengenai apa-apa fakta yang disebut dalamnya.

(2)

Perakuan di bawah subseksyen (1) hanya boleh diterima jika ia adalah rekod berkenaan dengan kesalahan yang sama dan sabitan itu diperoleh dalam masa lima tahun dari tarikh sabitan ini.

Report