Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian II · Pengelasan, Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan-Kenderaan Motor dan Pemandu

33. Permohonan untuk menghapuskan hilang kelayakan

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang menurut kuasa suatu sabitan atau perintah di bawah Bahagian ini dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan sesuatu lesen boleh, bila-bila masa selepas habis tempoh satu tahun dari tarikh sabitan atau perintah itu atau, jika suatu rayuan dibuat terhadap sabitan atau perintah tersebut, dari tarikh keputusan rayuan itu, dan dari semasa ke semasa (tidak kurang daripada tiga bulan dari tarikh permohonannya yang terakhir yang dibuat di bawah seksyen ini) memohon kepada mahkamah yang di hadapannya dia disabitkan atau yang membuat perintah itu bagi menghapuskan hilang kelayakan itu.

(2)

Apabila suatu permohonan seperti tersebut dahulu dibuat, mahkamah boleh setelah memberikan perhatian tentang watak pemohon, kelakuannya berikutan daripada sabitan atau perintah itu, jenis kesalahan dan apa-apa hal keadaan lain, sama ada dengan perintah menghapuskan hilang kelayakan itu dari tarikh sebagaimana dinyatakan oleh mahkamah dalam perintah itu atau menolak permohonan tersebut.

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules