Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian II · Pengelasan, Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan-Kenderaan Motor dan Pemandu

34A. Pengendorsan jika lesen memandu terkandung dalam kad atau peranti elektronik pelbagai guna

Feedback & support
(1)

Walau apa pun seksyen 34, jika sesuatu mahkamah memerintahkan butir-butir mengenai apa-apa sabitan atau mengenai apa-apa kehilangan kelayakan yang kepadanya orang yang disabitkan itu tertakluk diendorskan pada mana-mana lesen memandu yang dipegang oleh orang itu dan lesen memandu itu terkandung di dalam kad atau peranti elektronik pelbagai guna, pengendorsan itu hendaklah disifatkan telah dibuat jika butir-butir yang dikehendaki supaya diendorskan pada lesen memandu itu telah dimasukkan ke dalam pangkalan data yang disenggarakan oleh atau bagi pihak

Ketua Pengarah mengenai lesen memandu yang diberikan di bawah

Akta ini dan pemegang lesen memandu itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Pengarah boleh mengarahkan orang yang disabitkan yang disebut dalam subseksyen (1) supaya menyerahkan, dalam tempoh yang ditentukan oleh Pengarah, kad atau peranti elektronik pelbagai guna yang di dalamnya lesen memandu itu terkandung kepada Pengarah itu, atau kepada seorang pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh

Ketua Pengarah, untuk dimasukkan ke dalam data yang tersimpan di dalam kad atau peranti itu butir-butir mengenai sabitan atau kehilangan kelayakan orang itu dan Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah, selepas membuat pemasukan itu, dengan serta-merta mengembalikan kad atau peranti itu kepada orang itu.

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules