Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian II · Pengelasan, Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan-Kenderaan Motor dan Pemandu

37. Penggantungan atau pembatalan lesen memandu

Feedback & support
(1)

Apabila penggantungan atau pembatalan lesen memandu dibuat di bawah seksyen 35 atau apabila pembatalan lesen memandu percubaan dibuat di bawah seksyen 35A, Ketua Pengarah hendaklah memberi orang

Pengangkutan Jalan 69

yang berkenaan suatu notis secara bertulis memaklumkan orang itu mengenai penggantungan atau pembatalan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah menghendaki orang itu menyerahkan lesen memandu dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penyampaian notis itu.

(2)

Apabila tamatnya tempoh penggantungan di bawah subseksyen 35(1), lesen memandu yang diserahkan balik kepada

Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) hendaklah dikembalikan kepada pemegangnya dan mata yang diberikan terhadapnya, jika ada, hendaklah dibatalkan.

(3)

Walau apa pun seksyen ini, apabila lesen memandu seseorang digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 35 atau 35A, Ketua Pengarah boleh menolak atau menggantung apa-apa urusan atau transaksi yang terpakai bagi orang itu di bawah Akta ini.

Pengendorsan penggantungan, pembatalan atau hilang kelayakan

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules