Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian II · Pengelasan, Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan-Kenderaan Motor dan Pemandu

38. Section 38

Feedback & support
(1)

Ketua

Pengarah hendaklah, apabila menggantung atau membatalkan lesen memandu atau menghilangkan kelayakan mana-mana orang untuk memegang atau mendapatkan lesen memandu di bawah Akta ini, mengarahkan supaya dimasukkan butir-butir berhubung dengan penggantungan, pembatalan atau kehilangan kelayakan itu dalam pangkalan data yang disenggarakan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah.

(2)

Ketua

Pengarah hendaklah, apabila tamatnya tempoh penggantungan, pembatalan atau kehilangan kelayakan itu, dengan serta-merta mengeluarkan maklumat mengenai penggantungan, pembatalan atau kehilangan kelayakan itu dari pangkalan data.

(3)

Mana-mana orang yang lesen memandunya telah digantung atau dibatalkan atau dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak boleh, semasa tempoh penggantungan, pembatalan atau kehilangan kelayakan itu memandu suatu kenderaan motor di jalan di bawah apa-apa lesen memandu lain yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa atau mendapatkan lesen memandu.

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(4)

Mana-mana orang yang memandu kenderaan motor di atas jalan bertentangan dengan subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada tiga ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Memandu dan Kesalahan Yang Berkaitan Dengannya

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules