Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

45E. Penahanan

Feedback & support
(1)

Seseorang yang dikehendaki mengadakan spesimen nafas, darah atau air kencing boleh selepas itu ditahan di balai polis sehingga ternyata kepada seorang pegawai polis bahawa jika orang itu memandu atau cuba memandu kenderaan motor di jalan pada masa itu dia tidak akan melakukan kesalahan di bawah seksyen 44

atau 45 melibatkan minuman yang memabukkan atau di bawah seksyen 45A, tetapi tempoh penahanan itu tidak boleh melebihi dua puluh empat jam.

(2)

Seseorang tidak boleh ditahan menurut seksyen ini jika ternyata kepada seorang pegawai polis bahawa oleh sebab keadaannya tidak mungkin dia boleh memandu atau cuba memandu kenderaan motor.

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules