Skip to content

Seksyen 60

Kuasa menahan kenderaan untuk pemeriksaan

of Akta Pengangkutan Jalan 1987

ActIn forceProvision 78 of 176
Seksyen 60
(1)

Jika mana-mana pegawai polis berpakaian seragam mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa peruntukan mengenai pembinaan, kelengkapan dan kegunaan yang ditetapkan oleh Akta ini telah tidak dipatuhi bagi mana-mana kenderaan motor, dia boleh menghendaki kenderaan itu diberhentikan dan boleh menghendaki pemandu kenderaan itu memandunya ke suatu tempat lain, dan kenderaan itu boleh, jika perlu, ditahan oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau mana-mana pegawai polis yang menjaga sesuatu balai polis bagi maksud pemeriksaan oleh seorang pegawai polis atau oleh seorang pegawai pengangkutan jalan atau seseorang yang dilesenkan untuk

106 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

menjalankan pemeriksaan di bawah Akta ini bagi maksud memastikan bahawa peruntukan itu telah dipatuhi:

Dengan syarat bahawa tiada kenderaan motor boleh ditahan di bawah seksyen ini bagi suatu tempoh yang lebih dari lima hari bekerja.

(2)

Jika, atas pemeriksaan itu, seseorang pegawai pengangkutan jalan berpendapat bahawa, oleh sebab apa-apa kecacatan di dalamnya, yang adalah kecacatan yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah sebagai kecacatan serius, kenderaan motor itu tidak layak atau mungkin menjadi tidak layak untuk digunakan, atau penggunaannya itu adalah merbahaya atau mungkin mendatangkan bahaya melainkan jika kecacatan itu dibaiki, dia boleh melarang penggunaan kenderaan motor itu:

Dengan syarat bahawa jika pada pendapat pegawai pengangkutan jalan itu, kecacatan itu boleh dibaiki dalam apa-apa tempoh yang tidak melebihi sepuluh hari dan bukannya kecacatan yang melibatkan risiko serta-merta kepada orang yang menggunakan kenderaan motor itu atau kepada orang yang menggunakan jalan, larangan itu tidak boleh berkuat kuasa sebelum tamat tempoh itu.

(3)

Subseksyen 59(3) hingga (9) adalah terpakai bagi seksyen ini dalam hal jika suatu perintah larangan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (2).