Skip to content

Seksyen 61

Kuasa memerintahkan pengemukaan kenderaan motor dan lesen

of Akta Pengangkutan Jalan 1987

ActIn forceProvision 79 of 176
Seksyen 61
(1)

Seorang Ketua Pegawai Polis atau seorang pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah, boleh dengan notis bertulis, menghendaki pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor itu mengemukakan untuk pemeriksaan atas perbelanjaan pemunya berdaftar, pada masa dan tempat yang sesuai sebagaimana dinyatakan dalam notis itu, kenderaan motor itu serta lesen dan perakuan pendaftaran yang berhubungan dengannya, dan pemunya berdaftar itu hendaklah mengemukakan kenderaan, lesen dan perakuan pendaftaran itu mengikut terma notis tersebut.

(2)

Notis itu boleh disampaikan kepada pemunya berdaftar atau pekhidmat atau ejennya atau boleh dihantarkan dengan pos berdaftar

Pengangkutan Jalan 107

ke alamat yang terkandung dalam daftar kenderaan motor yang disimpan di bawah Bahagian ini.

(3)

Jika mana-mana pemunya berdaftar yang dikehendaki di bawah seksyen ini untuk mengemukakan mana-mana kenderaan motor atau lesen atau perakuan pendaftaran gagal berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan, melainkan jika dia membuktikan bahawa, oleh sebab kerosakan jentera kenderaan itu atau apa-apa sebab lain yang mencukupi, kenderaan motor atau lesen atau perakuan pendaftaran itu tidak dapat dikemukakan.