Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

53. Kuasa memerintahkan kehadiran di mahkamah

Feedback & support
(1)

Jika seseorang pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana orang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh, sebagai ganti daripada membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis dalam borang yang ditetapkan memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang berhampiran yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.

(1A)

Jika orang yang kepadanya disampaikan notis di bawah subseksyen (1) enggan menerima atau menafikan penerimaan notis itu, notis itu hendaklah dianggap telah disampaikan kepada orang itu pada tarikh penyampaian notis itu.

(2)

Jika mana-mana orang yang disampaikan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1) gagal hadir dengan sendiri atau melalui peguam, maka, melainkan jika didapati adalah tidak mungkin semunasabahnya bagi orang itu untuk hadir sedemikian, mahkamah boleh, jika berpuas hati bahawa notis itu telah disampaikan, mengeluarkan suatu waran bagi penangkapan orang itu melainkan dalam hal suatu kesalahan yang boleh dikompaunkan, orang itu telah dibenarkan mengkompaunkan kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis tersebut.

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules