Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

53A. Notis kesalahan yang dirakamkan melalui kamera

Feedback & support
(1)

Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, jika seseorang pemunya berdaftar kenderaan motor dikatakan atau disyaki

94 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

bersalah melakukan suatu kesalahan yang dirakamkan melalui kamera, seorang pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan boleh, sebagai ganti membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan seberapa segera yang semunasabahnya praktik menyampaikan kepada pemunya berdaftar kenderaan motor itu suatu notis memerintahkannya supaya hadir di hadapan Majistret yang paling hampir yang mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang akan dinyatakan dalam notis itu.

(2)

Jika seseorang pemunya berdaftar kenderaan motor yang kepadanya disampaikan suatu notis di bawah subseksyen (1) gagal hadir dengan sendiri atau melalui peguam, maka, melainkan jika didapati adalah tidak mungkin semunasabahnya bagi pemunya berdaftar itu untuk hadir sedemikian, mahkamah boleh, jika berpuas hati bahawa notis itu telah disampaikan, mengeluarkan suatu waran bagi penangkapan pemunya berdaftar itu melainkan jika dalam hal suatu kesalahan yang boleh dikompaun, pemunya berdaftar itu telah dibenarkan untuk mengkompaun kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

mengandungi butir-butir yang berikut:

(i)

tarikh, masa dan tempat kesalahan dilakukan;

(ii)

kesalahan yang dilakukan;

(iii)

imej yang dirakamkan mengenai plat nombor pendaftaran kenderaan itu;

(iv)

imej yang dirakamkan mengenai kenderaan motor itu; dan

(v)

tawaran untuk mengkompaun ataupun permintaan supaya hadir di mahkamah; dan

(b)

ditandatangani secara digital oleh pihak yang mengeluarkan notis.

Pengangkutan Jalan 95

(4)

Menteri boleh membuat kaedah-kaedah untuk melaksanakan kesan sepenuhnya seksyen ini dan kaedah-kaedah itu boleh termasuk kaedah-kaedah—

(a)

untuk mengawal selia prosedur yang berhubungan dengan pelaksanaan seksyen ini;

(b)

untuk menetapkan jenis kelengkapan dan sistem yang akan digunakan, dan pembaikan, penyenggaraan, penentukuran dan pengujian aparatus atau kelengkapan itu; dan

(c)

untuk menetapkan jenis papan tanda dan lokasinya.

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules