Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

53C. Kewajipan untuk tidak memberikan, menyiarkan atau mendedahkan maklumat mengenai kesalahan yang dirakamkan melalui kamera

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang, kerana apa-apa sebab, mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada apa-apa maklumat mengenai kesalahan yang dirakamkan melalui kamera tidak boleh memberikan, menyiarkan atau selainnya mendedahkan kepada mana-mana orang lain maklumat itu melainkan jika pendedahan itu adalah dikehendaki atau dibenarkan—

(a)

di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;

(b)

di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(c)

oleh mana-mana mahkamah; atau

(d)

untuk pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “maklumat mengenai kesalahan yang dirakamkan melalui kamera” ertinya apa-apa imej yang dirakam, data, rekod, surat-menyurat atau apa-apa dokumen atau bahan atau maklumat berhubung dengan kesalahan yang dirakamkan melalui kamera.

Pengangkutan Jalan 97

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules