Seksyen 51
Mengambil kenderaan motor tanpa izin pemunya berdaftar
of Akta Pengangkutan Jalan 1987
Mana-mana orang yang mengambil dan membawa pergi sesuatu kenderaan motor tanpa izin sama ada pemunya atau kuasa lain yang sah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh disabitkan di bawah seksyen ini jika dia memuaskan hati mahkamah sama ada dia bertindak dengan kepercayaan semunasabahnya bahawa dia mempunyai kuasa yang sah atau bahawa pemunya itu mengikut hal keadaan kedudukan itu akan memberikan izinnya jika dia diminta sedemikian.
(2)
Jika, apabila membicarakan mana-mana orang kerana mencuri sesuatu kenderaan motor, mahkamah berpendapat bahawa tertuduh tidak melakukan kesalahan itu tetapi telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini, mahkamah boleh mensabitkan tertuduh itu di bawah seksyen ini.