Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

58. Kewajipan mengemukakan lesen memandu dan perakuan insurans

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang menjaga sesuatu kenderaan motor di jalan hendaklah, apabila dikehendaki sedemikian oleh mana-mana pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan, mengemukakan perakuan insurans yang dikeluarkan bagi kenderaan itu di bawah seksyen 90:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh disabitkan dengan suatu kesalahan terhadap seksyen ini semata-mata oleh sebab dia tidak mengemukakan perakuan insurans jika, dalam masa lima hari selepas dikehendaki sedemikian, dia mengemukakan perakuan insurans itu di balai polis sebagaimana yang dinyatakan olehnya pada masa insurans itu dikehendaki.

(2)

Mana-mana orang yang menjaga sesuatu kenderaan motor di jalan hendaklah, apabila dikehendaki oleh mana-mana pegawai polis,

102 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan mengemukakan lesen memandunya untuk pemeriksaan oleh pegawai itu:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh disabitkan atas suatu kesalahan terhadap seksyen ini disebabkan oleh kegagalannya untuk mengemukakan lesen memandunya yang terkandung di dalam kad atau peranti elektronik pelbagai guna kerana kad atau peranti itu disimpan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa untuk menyimpannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(3)

Jika mana-mana orang gagal mematuhi seksyen ini dia melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules