Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

50. Section 50

Feedback & support
(1)

Jika mana-mana orang, melainkan dengan kuasa yang sah atau sebab yang munasabah, bergantung atau terus bergantung pada, atau masuk ke dalam kenderaan motor semasa kenderaan itu bergerak di mana-mana jalan, bagi maksud ditarik atau dibawa, dia melakukan suatu kesalahan.

(2)

Jika, semasa suatu kenderaan motor berada di jalan atau di tempat letak kereta, mana-mana orang, melainkan dengan kuasa yang sah atau sebab yang munasabah, menaiki atau menggerakkan kenderaan motor itu, atau melepaskan atau mengusik mana-mana brek atau bahagian lain mekanismenya, dia melakukan suatu kesalahan.

(3)

Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak

Pengangkutan Jalan 91

kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules