Skip to content

Seksyen 57

Keterangan pakar

of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)

ActIn forceProvision 66 of 79
Seksyen 57
(1)

Dalam apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini, tidaklah boleh menjadi apa-apa bantahan terhadap kebolehterimaan keterangan pakar bahawa pakar itu bukan atau tidak pernah menjadi anggota bagi mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

66

Undang-Undang Malaysia

Akta 832

(2)

Dalam apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini, Mahkamah boleh merujuk, bagi maksud keterangan, mana-mana buku yang berikut:

Thian Ti Hwui, the Hung-League or Heaven-Earth League, by G. Schlegel;

The Triad Society, by W. Stanton;

The Hung Society or the Society of Heaven and Earth, by J. S. M. Ward and W. G. Stirling;

Triad Societies in Hong Kong, by W. P. Morgan, dan mana-mana buku atau artikel lain yang diterbitkan mengenai perkara pertubuhan pada amnya yang menyalahi undang-undang atau pertubuhan tertentu yang menyalahi undang-undang, yang difikirkan oleh Mahkamah sebagai autoriti mengenai perkara yang dengannya ia berhubung.

Perlindungan pemberi maklumat