Skip to content

Seksyen 53

Penalti kerana salah guna wang atau harta pertubuhan berdaftar

of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)

ActIn forceProvision 60 of 79
Seksyen 53
(1)

Jika, atas aduan yang dibuat oleh seseorang anggota suatu pertubuhan berdaftar atau oleh Pendaftar, ditunjukkan dengan memuaskan hati Mahkamah Sesyen bahawa mana-mana pemegang jawatan atau anggota pertubuhan itu ada dalam milikan atau kawalannya apa-apa harta pertubuhan itu selain mengikut kaedah-kaedah pertubuhan itu, atau telah menahan secara menyalahi undang-undang atau telah dengan sengaja menggunakan apa-apa wang pertubuhan itu bagi maksud selain yang dinyatakan atau diarahkan dalam kaedah-kaedah pertubuhan itu dan yang dibenarkan oleh Akta ini, Mahkamah itu hendaklah, jika difikirkannya perlu untuk keadilan hal itu, memerintahkan pemegang jawatan atau

Pertubuhan 63

anggota itu supaya menyerahkan segala harta itu kepada pemegang amanah pertubuhan itu serta membayar kepada mereka itu wang yang ditahan secara menyalahi undang-undang atau yang digunakan secara tidak sepatutnya itu.

(2)

Sesuatu aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) selain aduan yang dibuat oleh Pendaftar tidak boleh dilayani melainkan jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa pengadu itu ialah, pada tarikh aduan itu, seorang anggota bagi pertubuhan berdaftar yang berkenaan dengan hartanya aduan itu dibuat.

(3)

Mana-mana orang yang terikat dengan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) yang tidak mematuhi terma perintah itu dan arahan yang diberikan dalam perintah itu dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

(4)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

tidaklah menjejaskan atau menghalang sesuatu pendakwaan, atau prosiding sivil, terhadap mana-mana pemegang jawatan atau anggota itu.