Seksyen 50
Bendera, simbol, lambang, lencana atau lambang kebesaran lain bagi pertubuhan
of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)
Tiada pertubuhan boleh menggunakan sebagai untuknya sendiri apa-apa bendera, simbol, lambang, lencana atau lambang kebesaran lain tanpa kelulusan oleh Pendaftar.
(2)
Pendaftar boleh mengenakan syarat-syarat yang membolehkan bendera, simbol, lambang, lencana atau lambang kebesaran lain itu dipamerkan.
Pertubuhan 61
(3)
Mana-mana orang atau pertubuhan yang mempamerkan apa-apa bendera, simbol, lambang, lencana atau lambang kebesaran lain yang tidak mendapat kelulusan Pendaftar atau dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh Pendaftar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit.