Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021) · Updated to 15 Nov 2021 · Bahagian III · Peruntukan Pelbagai yang Terpakai bagi Pertubuhan Secara Amnya
54. Hukuman bagi fraud, akuan palsu dan penggelapan
Feedback & supportMana-mana orang yang dengan niat untuk mengelirukan atau memfraud, memberikan—
kepada mana-mana orang suatu salinan apa-apa kaedah-kaedah, undang-undang, peraturan-peraturan atau dokumen lain, selain kaedah-kaedah sesuatu pertubuhan berdaftar, dengan dalih bahawa—
64
Undang-Undang Malaysia
kaedah-kaedah itu merupakan kaedah-kaedah pertubuhan yang sedia ada bagi pertubuhan itu;
tiada kaedah-kaedah lain bagi pertubuhan itu; atau
kepada mana-mana orang suatu salinan apa-apa kaedah-kaedah dengan dalih bahawa kaedah-kaedah itu ialah kaedah-kaedah suatu pertubuhan yang berdaftar sedangkan pertubuhan itu tidak berdaftar, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.