Skip to content

Seksyen 64

of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)

ActIn forceProvision 73 of 79

Seksyen 64

(1)

Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar, atau mana-mana pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen 3(1A)

dan diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh

Pendaftar atau Penolong Pendaftar, yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana pertubuhan berdaftar digunakan bagi maksud yang memudaratkan keamanan awam, kebajikan, keadaan baik atau kemoralan di Malaysia, boleh masuk, sama ada dengan atau tanpa bantuan dan dengan menggunakan kekerasan bagi maksud itu, jika perlu, ke mana-mana tempat yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai digunakan sebagai tempat mesyuarat atau tempat urusan bagi pertubuhan itu, dan boleh memeriksa tempat itu dan mana-mana orang yang dijumpai di dalamnya atau yang didapati lari dari tempat itu bagi mendapat keterangan bahawa pertubuhan itu digunakan bagi maksud seperti yang disebut terdahulu.

(2)

Pendaftar, atau seseorang Penolong Pendaftar, atau mana-mana pegawai lain, yang masuk ke mana-mana tempat di bawah subseksyen (1), boleh menyita dan menahan apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, sepanduk, meterai, lambang kebesaran, lambang atau barang lain yang dipunyai oleh pertubuhan berdaftar itu yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mungkin dikehendaki berkenaan dengan prosiding selanjutnya di bawah

Akta ini.