Seksyen 49
Liabiliti pemegang jawatan pertubuhan yang pendaftarannya telah dibatalkan
of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)
Jika pendaftaran mana-mana pertubuhan, selain suatu pertubuhan yang merupakan suatu parti politik, telah dibatalkan di bawah seksyen 2A, atau perenggan 13(1)(b) atau subperenggan 13(1)(c)(i), (ii), (iii), (iv), (vi), (vii), (viii) atau (ix), atau di bawah seksyen 16, mana-mana pemegang jawatan bagi pertubuhan pada masa pembatalan itu yang selepas daripada masa itu menjadi atau, selepas habis tempoh tiga puluh hari dari pembatalan itu, terus menjadi pemegang jawatan bagi mana-mana pertubuhan lain tanpa kebenaran secara bertulis Pendaftar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau kedua-duanya.
(2)
Kecuali jika pendaftaran sesuatu pertubuhan telah dibatalkan di bawah seksyen 2A atau perenggan 13(1)(b), sekatan yang dikenakan ke atas seseorang pemegang jawatan di bawah subseksyen (1) hendaklah terhenti selepas habis tempoh lima tahun yang bermula dari tarikh pembatalan itu.