Skip to content

Seksyen 65

Kuasa untuk masuk dan menggeledah

of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)

ActIn forceProvision 74 of 79
Seksyen 65
(1)

Mana-mana pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau ke atas boleh, dengan atau tanpa bantuan dengan menggunakan kekerasan, jika perlu, masuk ke mana-mana rumah kediaman atau bangunan lain, atau ke mana-mana tempat yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu mesyuarat bagi mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang, atau bagi orang yang menjadi anggota sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, sedang diadakan, atau bahawa apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, sepanduk, meterai, lambang kebesaran, lambang atau barang lain yang dipunyai oleh mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang disembunyikan, disimpan atau diletakkan, dan menangkap atau menyebabkan supaya ditangkap semua orang yang dijumpai di dalam rumah itu dan menggeledah

70

Undang-Undang Malaysia

Akta 832

rumah, bangunan atau tempat itu, dan menyita atau menyebabkan supaya disita semua buku, akaun, tulisan, sepanduk, senarai anggota, meterai, lambang kebesaran, lambang dan barang lain yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai dipunyai oleh mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang atau dengan apa-apa cara berkaitan dengannya.

(2)

Semua orang yang ditangkap sedemikian dan segala barang yang disita boleh ditahan dalam jagaan dan dibawa ke hadapan

Majistret untuk diperlakukan mengikut undang-undang.