Skip to content

Seksyen 61

Keizinan untuk pendakwaan

of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)

ActIn forceProvision 70 of 79
Seksyen 61
(1)

Kecuali dalam hal orang yang dipertuduh di bawah peruntukan seksyen 13A, 45 dan 52 dan orang yang ditangkap di bawah peruntukan seksyen 65 dan subseksyen 66(5), pendakwaan di bawah Akta ini tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya:

Dengan syarat bahawa seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan sedemikian boleh ditangkap, atau waran bagi menangkapnya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan, dan mana-mana orang itu boleh direman dalam jagaan atau dengan jaminan, walaupun

68

Undang-Undang Malaysia

Akta 832

keizinan Pendakwa Raya untuk memulakan pendakwaan bagi kesalahan itu belum diperoleh, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga keizinan itu telah diperoleh.

(2)

Apabila seseorang dibawa ke hadapan Mahkamah di bawah seksyen ini sebelum Pendakwa Raya memberikan keizinan kepada pendakwaan itu pertuduhan itu hendaklah diterangkan kepada orang itu tetapi dia tidak boleh diminta membuat akuan, dan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah hendaklah diubahsuaikan dengan sewajarnya.