Seksyen 48
Bertindak bagi pihak atau mewakili pertubuhan yang menyalahi undang-undang
of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)
Mana-mana orang yang dengan apa-apa cara bertindak bagi pihak, atau mewakili, atau membantu, sama ada atas sifat profesional atau selainnya, mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang, atau mana-mana orang yang telah menjadi pemegang jawatan pertubuhan itu seolah-olah dia terus menjadi pemegang jawatan pertubuhan itu, atau mana-mana badan yang telah menjadi badan pengelola pertubuhan itu atau mana-mana cawangan pertubuhan itu seolah-olah ia terus menjadi badan pengelola yang sedemikian, berhubung dengan apa-apa perkara, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau kedua-duanya.
60
Undang-Undang Malaysia
Akta 832
(2)
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi sesuatu rayuan oleh sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang di bawah seksyen 18, atau bagi apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa perkara yang melibatkan pertubuhan itu, atau mana-mana orang yang telah menjadi pemegang jawatannya, atau suatu badan yang telah menjadi badan pengelolanya atau badan pengelola mana-mana cawangan pertubuhan itu.