Seksyen 10
Pemberian atau keengganan memberikan kelulusan
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Ketua Pengarah boleh, selepas menimbangkan permohonan untuk mendapatkan kelulusan di bawah subseksyen 8(1) atau (2)
dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya syor Perbadanan di bawah seksyen 9, memberikan kelulusan atau enggan untuk memberikan kelulusan.
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 672
(2)
Dalam memberikan kelulusan kepada orang yang disebut di bawah subseksyen 8(1) atau (2), Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
(3)
Keputusan Ketua Pengarah untuk memberikan atau tidak memberikan kelulusan hendaklah disampaikan kepada orang yang disebut di bawah subseksyen 8(1) atau (2) secepat yang dapat dilaksanakan.