Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bahagian III · Kelulusan bagi Pembinaan, Pengubahan atau Penutupan Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan

11. Kajian semula kelulusan

Feedback & support
(1)

Perbadanan boleh dari semasa ke semasa mengemukakan syor bertulis kepada Ketua Pengarah tentang sama ada kelulusan yang diberikan di bawah seksyen 10 patut dikaji semula.

(2)

Ketua Pengarah boleh, dengan mengambil kira dengan sewajarnya syor Perbadanan di bawah subseksyen (1), mengkaji semula kelulusan yang diberikan di bawah seksyen 10 jika Ketua

Pengarah berpuas hati bahawa kemudahan pengurusan sisa pepejal yang diluluskan tidak menepati apa-apa kehendak mengenai kesan alam sekitar, kualiti dan tahap perkhidmatan pengurusan sisa pepejal atau kesihatan awam.

(3)

Ketua Pengarah boleh menyampaikan kepada pemunya atau penghuni kemudahan pengurusan sisa pepejal yang diluluskan itu suatu notis bertulis mengenai niatnya untuk menghendaki pemunya atau penghuni supaya memohon suatu kelulusan yang baru.

(4)

Ketua Pengarah hendaklah memberi pemunya atau penghuni suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang hendaklah tidak kurang daripada tiga puluh hari.

(5)

Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Ketua

Pengarah hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemunya atau penghuni itu dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya syor Perbadanan, memutuskan sama ada atau tidak untuk menghendaki pemunya atau penghuni itu supaya membuat permohonan yang baru.

(6)

Ketua Pengarah hendaklah memberi pemunya atau penghuni notis bertulis mengenai keputusannya di bawah subseksyen (5)

secepat yang dapat dilaksanakan.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 25

Report

Bahagian IV

Peruntukan Pelesenan

Bahagian V

CAJ

Bahagian VI

Tribunal Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal

Bahagian VII

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian VIII

Kawalan ke Atas Penghasil Sisa Pepejal dan Orang yang Memiliki Sisa Pepejal Terkawal

Bahagian IX

Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian X

Pengurangan dan Mendapatkan Semula Sisa Pepejal Terkawal

Bahagian XI

Bahagian XII

Kecualian dan Peralihan