Skip to content

Seksyen 12

Permohonan untuk menutup mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 12 of 112
Seksyen 12
(1)

Mana-mana pemunya atau penghuni yang berhasrat untuk menutup mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan, boleh memohon kepada Ketua Pengarah dengan mengemukakan suatu permohonan bertulis dan suatu cadangan pelan penutupan kepada Perbadanan.

(2)

Perbadanan boleh, selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1), meminta pemunya atau penghuni itu untuk memberikan maklumat atau dokumen lanjut dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Perbadanan.

(3)

Jika pemunya atau penghuni itu tidak mematuhi subseksyen (2), permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik tanpa menyentuh hak pemunya atau penghuni untuk membuat permohonan yang baru.

(4)

Perbadanan hendaklah dalam masa enam puluh hari dari penerimaan permohonan itu di bawah subseksyen (2), mengemukakan suatu syor bertulis kepada Ketua Pengarah tentang sama ada permohonan itu patut dibenarkan atau tidak.

(5)

Syor bertulis Perbadanan hendaklah menyatakan sebab bagi syornya dan apa-apa syarat khas yang patut dikenakan ke atas pemunya atau penghuni itu jika Perbadanan mengesyorkan kepada Ketua Pengarah supaya permohonan itu dibenarkan.

(6)

Ketua Pengarah hendaklah, selepas menimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1) dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya syor Perbadanan—

(a)

membenarkan permohonan itu dengan atau tanpa syarat;

atau

(b)

menolak permohonan itu dan mengarahkan pemunya atau penghuni itu mengemukakan suatu permohonan dan pelan penutupan yang baru.

26

Undang-Undang Malaysia

Akta 672

(7)

Mana-mana pemunya atau penghuni yang menutup mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal tanpa kelulusan

Ketua Pengarah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.