Skip to content

Seksyen 9

Syor oleh Perbadanan

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 9 of 112
Seksyen 9
(1)

Perbadanan hendaklah dalam masa enam puluh hari dari penerimaan permohonan di bawah subseksyen 8(3), mengemukakan suatu syor bertulis kepada Ketua Pengarah tentang sama ada atau tidak kelulusan patut diberikan kepada orang yang ingin mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah di bawah subseksyen 8(1)

atau (2).

(2)

Syor bertulis Perbadanan hendaklah menyatakan sebab bagi syornya dan apa-apa syarat khas yang patut dikenakan ke atas orang itu jika Perbadanan mengesyorkan kepada Ketua Pengarah supaya kelulusan diberikan.