Seksyen 73
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Seksyen 73
Apa-apa benda yang diletakkan di dalam apa-apa bekas, atau kebuk bekas sisa pepejal terkawal, dengan tujuan supaya bekas itu dikosongkan atau dialihkan, atau yang dilonggokkan di mana-mana tempat yang disebabkan supaya disediakan oleh
Ketua Pengarah atau Perbadanan untuk pemungutan dan pelupusan sisa pepejal terkawal hendaklah disifatkan sebagai sisa pepejal, melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
(2)
Tiada seorang pun, melainkan jika orang itu dilesenkan di bawah Akta ini untuk memungut sisa pepejal, boleh mengisih, mengusik atau selainnya mengganggu apa-apa bekas atau kebuk bekas sisa pepejal terkawal, yang diletakkan dengan tujuan supaya bekas itu dikosongkan, ataupun dilonggokan di mana-mana tempat yang disebabkan supaya disediakan oleh Ketua Pengarah atau Perbadanan untuk pemungutan dan pelupusan sisa pepejal terkawal—
(a)
tanpa mengambil kira siapa yang menyediakan bekas itu atau menyebabkan bekas itu disediakan; dan
(b)
sama ada atau tidak bekas itu digunakan bagi maksud umum atau persendirian.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.
(4)
Ketua Pengarah boleh mengecualikan pemungutan sisa pepejal yang boleh dikitar semula yang dijalankan oleh kumpulan amal atau mana-mana pertubuhan daripada peruntukan subseksyen (2).
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 63
Kuasa untuk mengarahkan supaya sisa pepejal terkawal diasingkan, dikendalikan dan distorkan