Skip to content

Seksyen 74

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 74 of 112

Seksyen 74

(1)

Ketua Pengarah boleh memberi arahan bertulis sebagaimana yang difikirkannya patut kepada mana-mana orang berkenaan dengan pengasingan, pengendalian dan penstoran apa-apa sisa pepejal terkawal dalam milikan orang itu bagi maksud memastikan pematuhan Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.