Skip to content

Seksyen 72

Larangan terhadap pelepasan sisa pepejal terkawal yang tidak dibenarkan

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 72 of 112
Seksyen 72
(1)

Mana-mana orang yang mempunyai dalam milikannya apa-apa sisa pepejal terkawal hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengelakkan terlepasnya apa-apa sisa pepejal terkawal daripada milikannya.

62

Undang-Undang Malaysia

Akta 672

(2)

Tiada seorang pun boleh menyebabkan, membantu, bersubahat atau membenarkan terlepasnya apa-apa sisa pepejal terkawal daripada milikan orang lain.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sisa pepejal hendaklah diletakkan di dalam bekas atau di tapak pelonggokan sisa pepejal terkawal