Skip to content

Seksyen 76

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 76 of 112

Seksyen 76

(1)

Jika apa-apa sisa pepejal terkawal dilonggokkan atau dilupuskan berlanggaran dengan Akta ini, Ketua

Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis yang disampaikan kepada—

(a)

pemunya atau penghuni premis;

(b)

orang yang melonggokkan atau melupuskan sisa pepejal terkawal; atau

(c)

penghasil sisa pepejal, mengarahkannya supaya mengalihkan sisa pepejal terkawal itu dari premis itu dalam tempoh tidak lebih daripada tiga hari dari tarikh penyampaian notis itu.

(2)

Jika sisa pepejal terkawal itu tidak dialihkan sebagaimana yang diarahkan di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh menyebabkan sisa pepejal terkawal itu dialihkan oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 65

(3)

Jika Ketua Pengarah menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen (2), kos yang ditanggung dalam mengalihkan sisa pepejal terkawal itu hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya daripada—

(a)

pemunya atau penghuni tanah atau premis itu melainkan jika dia membuktikan bahawa dia tidak membuat atau menyebabkan atau membenarkan pelonggokan sisa pepejal terkawal itu dan dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengelakkan pelonggokan di premis itu;

(b)

orang yang melonggokkan atau melupuskan atau menyebabkan atau membenarkan sisa pepejal terkawal itu dilonggokkan atau dilupuskan; atau

(c)

penghasil sisa pepejal.

(4)

Ketua Pengarah boleh memberikan arahan kepada pemunya atau penghuni mana-mana premis supaya membenarkan akses ke premis itu bagi sisa pepejal terkawal yang dilonggokkan dengan menyalahi undang-undang dialihkan oleh mana-mana orang yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

(5)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kesalahan kerana menyebabkan kerosakan kepada kenderaan, bekas atau kemudahan pengurusan sisa pepejal lain